Saturday 2 July 2011

pesanan ayah

       dahulu kala ada 2 orang adik beradik . sebelum ayah mereka meninggal . ia berpesan 2 hal...

     1. jangn menagih hutang kepda orang yang berhutang kepada kamu ... dan..
     2. jika pergi dari rumah ke kedai jangan sampai muka kamu terkena sinaran matahari

            waktu terus berjalan .. dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia... anak yang sulung bertambah kaya.. manakala yg bungsu semakin miskin...

          ibunya yang masih hidup menayakan hal itu kepda mereka...
   jawab anknya yang bungsu : ini kerana saya mengikuti pesanan ayah.. ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orng yg berhutang kpada sya.. dan akibatnya modal saya susut kerana orang yg berhutang kepada sya tidak membayar sementara saya tidak boleh menagih hutang ... juga ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinaran matahari.. akibatnya saya perlu menaiki beca.. sebenarnya jalan kaki pun boleh , tetapi kerana pesan ayah demikian , akibatnya pengeluaran saya bertambah banyak...




     kepada anak yang sulung yang bertambah kaya , ibunya pun menayakan hal yang sama... jawab anak sulungnya : kerana ayah berpesan supaya tidak menagih hutang kepda orang yg berhutang kepda saya.. saya tidak memberikan pinjaman (hutang) kepda orng lain sehinnga modal tidak susut.. ayah juga berpesan agar jika saya berngkat ke kedai atau pulang dari kedai saya tidak boleh terkena sinaran matahari.. dengan ini, sya berangkat ke kedai sebelum matahari terbit... dan pulang ke rumah sesudah matahari terbenam.. akibatnya.. kedai sya buka sebelum kedai lain buka.. dan tutup sesudah kedai lain tutp... dengan kebiasaan ini.. orng akhrinya tahu dan kedai saya menajdi laris kerana mempunyai jam kerja lebih lama...


       bagaimana dengan anda??


          kisah diatas menunjukan bagaimana sebuah kalimat diangap dengan persepsi yang berbeza jika melihat dengan sikap positif, segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan menuju kejayaan.. tetapi kita kadangkala terhanyut dalam kelibat kesulitan kerana rutin kita.. pilihan ada di tanggan anda...


"BERUSAHA MELAKUKAN HAL BIASA YANG DILAKUKAN DENGAN CARA LUAR BIASA..."

No comments:

Post a Comment