Saturday 30 July 2011

K@wAn

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

Se0rAnG tEmAn SeJaTi

cERITA SEORANG KAWAN.....

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dgnnya, pada keesokan harinya. Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kpdnya. Dia menceritakan perkara yg baik tentang kamu kpd kwan2nya yg lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.Dia cuba mendekatimu dan menegurmu.Tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorg kawan yg terbaik. Kamu pula rasa dia seorg kawan yg paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kpdmu sertan menceritakan semula kenangan manis yg pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yg kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hati kamu mengasihaninya. Tapi dihatimu sudah penuh dgn kebencian. Pada keesokan harinya, kamu jumpa satu nota drpdnya: “Sahabatku, saya cuba memberitahu kamu semlm, tapi kamu tak beri peluang utk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut utk mendengarnya. Saya cuba utk senyum kpdmu tapi kamu sambut senyuman saya dgn kebencian. Skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgn kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Oleh itu, saya ingin minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu mmg seorg kawan yg hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu. Salam penuh kasihsayang, lalu kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya. Tapi hanya ibunya saje yg ada di situ. Ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya. Dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah terlambat. Kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal.

Pengajarannya:
Semua kawan ada masa naik dan turun. Dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jgn tunggu org lain melakukannya dulu. Sbb kamu takkan tahu ape akan terjadi esok hari. Kalau kamu benar2 sygkan kawanmu dan sanggup berkawan dengannya hingga nafas terakhir, tolong tunjukkan pdnya yg kamu benar2 mempunyai hati dan perasaan kepadanya sebagai seorang sahabat sejati. Tapi jika kamu tidak buat begitu, boleh diperkatakan yg bila kamu perlukan pertolongan, tiada siapa yg akan membantu kerana kamu tidak mengingati serta menghargai pengorbanan seorang teman.

Sahabatku..Jangan bersedih...(Diambil dr petikan yg terbaik)

Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara:
1. Mati 2. Matahari Terbit Dari Barat.

Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya. Memang susah nak tinggal dosa kita, tapi kita kena usaha. Macam usahanya pembunuh 100 di dalam hadith Nabi riwayat Muslim. Lelaki itu, xsempat bertaubat pun. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tapi Allah telah mengampunkannya dan memasukkanya ke dalam syurga. Kerana dia telah bergerak kepada-Nya. Maka jangan kita lengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah SWT.

Saya ada satu kata-kata sebagai perkongsian:

“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dlm neraka sekali pun, ana akan terjun dlm api itu untuk tarik tangan enta semula”

Sebab saya ini sahabat anda. Dan andai saya ini pula yang tersungkur, saya suka kalau ada yang menghulurkan tangan. Manusia ini, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnai. Sama-sama lah kita. Jangan berputus asa dengan hinaan orang. Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita. Allah, yang akan mengampunkan dosa-dosa kita.

Sunday 3 July 2011

cauple...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Tazkirah: Couple Dan Hukumannya..

BE...RCOUPLE.. Setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan??

CINTA.. Fitrah setiap manusia. Manusia diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga).. (Surah Ali Imran: 14)

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelah wafatku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrahg manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadariNya..

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH SWT berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (Surah Ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat..

Renung-Renungkan..

(Buletin Shoutul Iman)

Saturday 2 July 2011

pesanan ayah

       dahulu kala ada 2 orang adik beradik . sebelum ayah mereka meninggal . ia berpesan 2 hal...

     1. jangn menagih hutang kepda orang yang berhutang kepada kamu ... dan..
     2. jika pergi dari rumah ke kedai jangan sampai muka kamu terkena sinaran matahari

            waktu terus berjalan .. dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia... anak yang sulung bertambah kaya.. manakala yg bungsu semakin miskin...

          ibunya yang masih hidup menayakan hal itu kepda mereka...
   jawab anknya yang bungsu : ini kerana saya mengikuti pesanan ayah.. ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orng yg berhutang kpada sya.. dan akibatnya modal saya susut kerana orang yg berhutang kepada sya tidak membayar sementara saya tidak boleh menagih hutang ... juga ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinaran matahari.. akibatnya saya perlu menaiki beca.. sebenarnya jalan kaki pun boleh , tetapi kerana pesan ayah demikian , akibatnya pengeluaran saya bertambah banyak...




     kepada anak yang sulung yang bertambah kaya , ibunya pun menayakan hal yang sama... jawab anak sulungnya : kerana ayah berpesan supaya tidak menagih hutang kepda orang yg berhutang kepda saya.. saya tidak memberikan pinjaman (hutang) kepda orng lain sehinnga modal tidak susut.. ayah juga berpesan agar jika saya berngkat ke kedai atau pulang dari kedai saya tidak boleh terkena sinaran matahari.. dengan ini, sya berangkat ke kedai sebelum matahari terbit... dan pulang ke rumah sesudah matahari terbenam.. akibatnya.. kedai sya buka sebelum kedai lain buka.. dan tutup sesudah kedai lain tutp... dengan kebiasaan ini.. orng akhrinya tahu dan kedai saya menajdi laris kerana mempunyai jam kerja lebih lama...


       bagaimana dengan anda??


          kisah diatas menunjukan bagaimana sebuah kalimat diangap dengan persepsi yang berbeza jika melihat dengan sikap positif, segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan menuju kejayaan.. tetapi kita kadangkala terhanyut dalam kelibat kesulitan kerana rutin kita.. pilihan ada di tanggan anda...


"BERUSAHA MELAKUKAN HAL BIASA YANG DILAKUKAN DENGAN CARA LUAR BIASA..."